Gambar Filem: KL Zombi

kl zombie poster

Tidak lama lagi kita bakal dikejutkan dengan salah sebuah filem yang bakal memberi impak & kelainan di industri perfileman Malaysia. Filem KL Zombi lakonan ZIzan Razak sebagai tunjang utama filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2013.

Filem yang mengisahkan 5 sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri.  Namun segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukar manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.  Watak utamanya, Nipis yang dimainkan oleh Zizan Raja Lawak, terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.

Diadaptasi daripada novel Fixi yang terlaris berjudul ‘Zombijaya’ ini turut membintangi artis-artis popular tempatan seperti Siti Saleha, Faezah Elai, Izara Aishah dan Zain Ruffedge. Virus KL Zombi akan menular di pawagam bermula 29 Ogos 2013.

Sebelum wabaknya merebak, jom kita saksikan beberapa gambar still & produksi “KL Zombi”.
klzombi4
klzombi3
klzombi2

(654)

Komen Anda

comments